Kenaikan harga air di Asia lebih rendah daripada kenaikan global sebanyak 5.6%, namun harga air di Bishkek melonjak 44.7%, menurut Tinjauan Tarif Air Global 2026 oleh Global Water Intelligence
News originally published by
GlobeNewswireOXFORD, United Kingdom, Nov. 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Harga air meningkat secara purata sebanyak 2.0% di Asia Selatan dan 3.9% di Asia Timur/Pasifik dari tahun 2025 hingga 2026, menurut Global Water Tariff Survey 2026 yang diterbitkan oleh Global Water Intelligence (GWI).
Tinjauan terbesar GWI merangkumi harga air di 1,069 bandar di 189 negara, yang dikira dengan kaedah seragam untuk perbandingan langsung antara bandar.
Di Asia, di manakah harga air meningkat dan di manakah harganya kekal tidak berubah?
- Bandar-bandar utama termasuk Tokyo, Beijing, Shanghai, New Delhi dan Mumbai tidak mencatatkan sebarang perubahan harga.
- Asia Tengah menerima kesan ketara daripada peningkatan inflasi berikutan kebergantungannya pada laluan perdagangan Rusia yang terjejas akibat perang Ukraine, menyebabkan kenaikan harga yang ketara sebanyak 44.7% di Bishkek dan 11.3% di Dushanbe.
- Kazakhstan menggantung kenaikan tarif utiliti dari Oktober 2025 hingga April 2026, yang turut menyebabkan pelaksanaan tarif berblok dihentikan sementara, sekali gus mengakibatkan harga gabungan menurun lebih daripada 20% di Almaty dan Astana.
Apakah implikasi harga air yang rendah terhadap industri?
- Pemulihan kos semakin sukar dicapai: harga semasa sudah jauh lebih rendah daripada kos yang dianggarkan untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air dan air sisa.
- Corak ini boleh diubah: kenaikan tarif secara berperingkat di Malaysia telah membantu Indah Water Konsortium mencapai pemulihan kos operasi penuh pada peringkat syarikat, meskipun isi rumah masih membayar di bawah kos sebenar dan peluasan perkhidmatan pembetungan di kawasan luar bandar masih bergantung pada pembiayaan kerajaan.
- Kemampuan membayar boleh mengubah kenaikan kecil kepada penurunan harga: Kazakhstan menurunkan harga demi kemampuan pengguna, walaupun syarikat utiliti mendesak hasil ditingkatkan.
"Harga air yang terus mendatar jelas masih menjadi cabaran berterusan di seluruh Asia. “Namun, kemajuan terkini Malaysia dalam penetapan tarif perkhidmatan air sisa memberikan contoh yang menggalakkan tentang apa yang boleh dicapai melalui komitmen politik yang berterusan serta penglibatan awam dalam meningkatkan kemampanan kewangan sesebuah utiliti,” kata Charlotte Christian, Editor Asia di Global Water Intelligence.
Tinjauan penuh yang merangkumi harga bagi semua 1,069 bandar tersedia kepada ahli GWI Executive di: https://www.globalwaterintel.com/documents/the-global-water-tariff-survey-2026
Wartawan boleh memohon data bandar atau negara daripada tallulah.lutkin@globalwaterintel.com
Perihal Global Water Intelligence
Global Water Intelligence (GWI) ialah penerbit, penyedia risikan pasaran dan penganjur acara terkemuka bagi industri air antarabangsa. Selama lebih 25 tahun, wartawan, penganalisis dan acara kami telah membantu pelanggan membuat keputusan strategik yang lebih baik dalam sektor air perbandaran dan perindustrian, teknologi, kewangan serta kejuruteraan.
HUBUNGI: Tallulah Lutkin
JAWATAN: Utilities Editor
SYARIKAT: Global Water Intelligence
TELEFON: 01865 204208
EMEL: sales@globalwaterintel.com
WEB: https://www.globalwaterintel.com
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
